Penjagaan Rambut
Rambut merupakan mahkota kepada kaum wanita. Rambut yang cantik akan menaikkan seri wajah seseorang. Adalah penting menjaga kesihatan rambut supaya sentiasa kelihatan cantik, lebat dan kekal hitam. Terdapat beberapa petua yang dapat membantu memelihara kecantikkan rambut. Sayangilah rambut anda kerana ia merupakan mahkota dirimu.
Mencantikkan Rambut
- Ambil beberapa helai daun limau purut, daun bunga raya putih dan sedikit air. Kemudian ramaskan bahan-bahan ini, sehingga hancur dan tapiskan airnya. Air tapisan itu bolehlah dilumur pada kepala dengan cara urutan perlahan dan dibungkus dengan kain tuala bersih. Biarkan selama 10-15 minit, selepas itu bilaskan dengan air yang bersih. Amalkan seminggu sekali dan anda akan merasai kesegaran kulit kepala serta keharuman pada rambut.
- Ambil beberapa helai daun rambutan dan diramaskan dengan sedikit air. Air ramasan itu dilumurkan pada rambut dan dibiarkan lebih kurang 15 minit. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
Mengekalkan Kehitaman dan Melebatkan Rambut
- Bagi mengekalkan kehitaman rambut, amalkan dengan menggunakan minyak kelapa yang telah dimasak dengan bunga tebu hitam. Sapukan pada rambut dan jangan terkena pada kulit kepala. Amalkan 3 kali seminggu, Insayallah rambut akan kekal kelihatan hitam.
- Sapukan rambut dengan pati santan(Kepala santan) yang telah dicampur dengan perahan limau nipis. Pati santan diperolehi dengan membiarkan santan semalaman dalam peti. Balut kepala dengan tuala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibilas, rambut akan kelihatan hitam, lebat dan berkilau. Lakukan sekali seminggu.
0 comments:
Post a Comment