Koleksi Petua, Info Kecantikan dan Kesihatan

Koleksi Petua, Info Kecantikan dan Kesihatan

Saturday, May 31, 2008

Masalah Rambut






Masalah Rambut Gugur


  • Rendam 3 sudu besar serbuk teh dalam secawan air panas. Kemudian campurkan air teh dengan sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur. Campuran tersebut bolehlah disapu pada kulit kepala dan dibiarkan lebih kurang 3 jam. Selepas itu baru dicuci dan sebaiknya amalkan 2 minggu sekali.
  • Tumbuk arang sehingga hakus dan campurkan dengan minyak kelapa. Setelah itu sapukan pada rambut dan dibiarkan lebih kurang 2 jam. Kemudian cuci rambut dengan syampu dan sebaiknya amalkan seminggu sekali.
  • Campurkan asam jawa dengan santan serta beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga yang berbau wangi. Kemudian sapu pada rambut dan dibilas dengan air bersih.


Menghilangkan Kelemumur
  • Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
  • Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  • Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

0 comments:

  © Blogger template 'Minimalist E' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP