Koleksi Petua, Info Kecantikan dan Kesihatan

Koleksi Petua, Info Kecantikan dan Kesihatan

Friday, May 23, 2008

Gigi yang Sihat Menawan

Senyuman nampak menawan dengan barisan gigi yang putih berseri dan sihat. Sentiasa menjaga kebersihan gigi serta mengurangkan pengambilan makanan manis dapat mengelakkan kerosakan pada gigi. Terdapat beberapa petua untuk memutih dan menangani masalah gigi.



Memutihkan Gigi
  • Ambil biji asam jawa dan goreng tanpa menggunakan minyak sehingga kering. Kemudian tumbuk biji asam jawa tersebut sehingga menjadi serbuk. Gosokkan serbuk tersebut pada gigi. Amalkan selalu dan hasilnya gigi akan kelihatan bersih dan putih berseri.
  • Ambil 2 biji pinang tua yang kering dan bakar sehingga menjadi arang. Kemudian tumbuk pinang tersebut sehingga menjadi serbuk. Gosokan serbuk tersebut pada gigi dan dibiarkan seketika. Selepas itu barulah dicuci dengan air.
  • Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi.
  • Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.
  • Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi.
  • Ambil kulit manggis dan bakar. Kemudian tumbuk sehingga halus. Gosokkan pada gigi.


Sakit Gigi Geraham Bongsu

Untuk penawarnya, amalkan petua ini:-

  • Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.
Sakit Gigi Berlubang

  • Cara yang paling cepat untuk menghilangkan rasa sakit ialah dengan menyumbat serbuk bunga cengkih yang telah ditumbuk halus pada gigi berlubang.
  • Tumbuk sirih yang dicampur sedikit kapur kemudian letakkan pada gigi yang sakit. Rasa sakit akan berkurangan.
  • Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di atas daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
  • Tempelkan gigi berlubang dengan hirisan bawang putih. Kemudian dibiarkan selama 1 jam.
  • Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Kemudian tumbuk sehingga separuh hancur. Selepas itu masukkan gambir ini ke dalam gigi yang berlubang.

0 comments:

  © Blogger template 'Minimalist E' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP