Koleksi Petua, Info Kecantikan dan Kesihatan

Koleksi Petua, Info Kecantikan dan Kesihatan

Saturday, May 24, 2008

Mencantikkan Perut

Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang kempis. Perut yang kempis akan menampakkan susuk badan yang cantik serta mudah untuk mengayakan pelbagai fesyen. Terdapat beberapa petua yang boleh dicuba bagi wanita yang mengalami masalah perut buncit dan kulit perut berkedut selepas melahirkan anak.




Mengempiskan perut
  • Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi , mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.
  • Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  • Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
  • Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Kebanyakkan Wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini.
  • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan di ikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.

Masalah kulit perut berkedut

Kulit perut akan berkedut selepas melahirkan anak. Untuk mengatasi masalah ini amalkan petua:
  • Campurkan 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa dua minggu.

0 comments:

  © Blogger template 'Minimalist E' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP