Koleksi Petua, Info Kecantikan dan Kesihatan

Koleksi Petua, Info Kecantikan dan Kesihatan

Saturday, May 31, 2008

Gaya Rambut Mengikut Usia




Wanita pada usia 20-an kebiasaannya lebih memilih gaya rambut yang trendy sesuai dengan usia remaja mereka.

Rambut pendek akan membuat mereka tampil segar manakala rambut panjang yang dijaga rapi akan membuat seseorang itu tampil cantik dan feminin.

Bagaimanapun, memilih gaya rambut sama ada pendek mahu pun panjang, jangan hanya disebabkan gaya tersebut nampak cantik pada orang lain dan anda juga teringin untuk memilikinya.

Cantik pada orang belum tentu lagi cantik pada diri kita. Salah memilih gaya rambut akan membuat anda nampak lebih hodoh daripada sebelumnya.

Untuk lebih selamat, pilih gaya terkini yang lebih segar dan minta pandangan daripada mereka yang arif seperti pendandan rambut di salon-salon terkenal.

Sementara itu, golongan wanita berusia lebih 30-an sebahagiannya mungkin sudah tidak berani tampil dengan gaya rambut pendek, tercacak atau diwarnakan dengan warna-warna rambut yang nampak aneh pada mereka.

Gaya rambut panjang mengurai atau bergulung pada paras bahu membuatkan wanita golongan ini nampak lebih anggun, menawan dan seksi.

Penampilan akan lebih menyerlah apabila rambut dijaga dengan sempurna agar nampak sihat dan berseri.



0 comments:

  © Blogger template 'Minimalist E' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP