Koleksi Petua, Info Kecantikan dan Kesihatan

Koleksi Petua, Info Kecantikan dan Kesihatan

Saturday, May 31, 2008

Gaya Rambut Mengikut Usia




Wanita pada usia 20-an kebiasaannya lebih memilih gaya rambut yang trendy sesuai dengan usia remaja mereka.

Rambut pendek akan membuat mereka tampil segar manakala rambut panjang yang dijaga rapi akan membuat seseorang itu tampil cantik dan feminin.

Bagaimanapun, memilih gaya rambut sama ada pendek mahu pun panjang, jangan hanya disebabkan gaya tersebut nampak cantik pada orang lain dan anda juga teringin untuk memilikinya.

Cantik pada orang belum tentu lagi cantik pada diri kita. Salah memilih gaya rambut akan membuat anda nampak lebih hodoh daripada sebelumnya.

Untuk lebih selamat, pilih gaya terkini yang lebih segar dan minta pandangan daripada mereka yang arif seperti pendandan rambut di salon-salon terkenal.

Sementara itu, golongan wanita berusia lebih 30-an sebahagiannya mungkin sudah tidak berani tampil dengan gaya rambut pendek, tercacak atau diwarnakan dengan warna-warna rambut yang nampak aneh pada mereka.

Gaya rambut panjang mengurai atau bergulung pada paras bahu membuatkan wanita golongan ini nampak lebih anggun, menawan dan seksi.

Penampilan akan lebih menyerlah apabila rambut dijaga dengan sempurna agar nampak sihat dan berseri.



Masalah Rambut






Masalah Rambut Gugur


  • Rendam 3 sudu besar serbuk teh dalam secawan air panas. Kemudian campurkan air teh dengan sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur. Campuran tersebut bolehlah disapu pada kulit kepala dan dibiarkan lebih kurang 3 jam. Selepas itu baru dicuci dan sebaiknya amalkan 2 minggu sekali.
  • Tumbuk arang sehingga hakus dan campurkan dengan minyak kelapa. Setelah itu sapukan pada rambut dan dibiarkan lebih kurang 2 jam. Kemudian cuci rambut dengan syampu dan sebaiknya amalkan seminggu sekali.
  • Campurkan asam jawa dengan santan serta beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga yang berbau wangi. Kemudian sapu pada rambut dan dibilas dengan air bersih.


Menghilangkan Kelemumur
  • Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
  • Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  • Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Tuesday, May 27, 2008

Melicinkan Kulit Muka


Memiliki kulit yang bersih, licin dan mulus menjadi idaman setiap wanita yang mengutamakan kecantikan. Ini kerana kulit yang mulus akan mempamerkan kecantikan dan keserian di samping menterjemahkan keyakinan dan keperibadian seseorang.



Terdapat beberapa petua yang dapat di amalkan untuk memiliki kulit yang licin dan mulus. Antaranya ialah:

  • Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  • Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  • Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  • Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  • Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  • Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  • Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
  • Sapukan yogurt asli pada muka seperti memakai masker. Biarkan kering selama 10 minit. kemudian baru dicuci dengan air bersih. Amalkan 3 kali seminggu untuk mendapatkan kesannya.

Monday, May 26, 2008

Tumit Kaki Merekah dan Pecah






Masalah tumit merekah berpunca daripada proses xerosis, iaitu kekeringan kulit yang keterlaluan. Ia menjadikan kulit yang tebal mudah merekah dan membentuk garis halus.

Pada peringkat awal, garis pecah yang halus ini tidak mendatangkan masalah, tetapi ia kurang cantik dipandang.

Namun jika tidak diberikan rawatan, rekahan halus ini akan menjadi semakin besar dan panjang membentuk kalus (kulit lebih tebal). Tanpa disedari, rekahan di bawah kalus ini boleh menjadi panjang sehingga menimbulkan rasa tidak selesa dan sakit apabila berjalan.

Masalah akan menjadi lebih teruk jika rekahan ini 'pecah' dan berdarah kerana ia mudah mendapat jangkitan. Terdapat pelbagai petua yang boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah.

Antaranya ialah
  • Merendamkan kaki dalam air suam selama 10 - 15 minit. Selepas itu , gosokkan bahagian tumit yang pecah dengan batu asah pisau. Lakukan sehingga menampakkan perubahan.Sapukan pada tumit yang pecah dengan getah betik muda. Biarkan seketika sehingga getah itu kering kemudian baru dicuci.
  • Tumbuk bawang putih dan campurkan dengan perahan air limau nipis. Kemudian sapukan pada tumit yang pecah. Amalkan selalu sehingga menampakkan hasilnya.
  • Geselkan tapak kaki pada rumput yang berembun pada waktu awal pagi. Lakukan setiap hari dan anda akan merasa perubahannya.
  • Sapukan tumit pecah dengan bawang merah yang telah dibelah dua sehingga kering. Lakukan setiap hari sehingga sembuh.
  • Boleh juga menyapukan tumit kaki yang pecah dengan campuran gambir dengan air ataupun disapu dengan minyak lebihan mengoreng ikan. Hendaklah di amalkan selalu supaya menanpakkan hasilnya.

Kematu di Tumit Kaki
  • Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
  • Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.

Sunday, May 25, 2008

Mencantikkan Kulit Wajah


Kulit wajah yang cantik dan sihat adalah amat penting bagi seseorang, tidak kira lelaki ataupun wanita. Selain menggunakan produk kecantikkan, terdapat beberapa petua yang boleh di amalkan untuk mendapatkan kulit wajah yang cantik. Ini dapat menjimatkan wang serta menggelak penggunaan produk yang mengandungi bahan kimia yang merbahaya kepada kulit wajah.




Mengekalkan Kecantikkan dan Keserian Wajah

  • Amalkan dengan membaca Surah Yusuf pada setiap malam. Insyaallah dengan izin Allah, wajah akan kekal cantik dan berseri.
  • Amalkan dengan menyapu air embun yang telah ditadah pada malam jumaat diwajah. Boleh juga dibuat air mandi ataupun dibuat minuman.


Menaikkan Seri wajah

  • Rendamkan se uncang teh semalaman. Keesokkan pagi, basuh muka dengan air teh tersebut dan biarkan kering sebelum membersihkannya. Amalkan selalu dan hasilnya, wajah anda akan beransur-ansur licin dan kelihatan berseri.
  • Parutkan 2 ketul isi kunyit dan 1 ketul lempoyang. Kemudian dicampurkan dengan setengah cawan air dan kacau sehingga sebati. Selepas itu ditapis dan dicampur dengan 1 sudu besar air limau nipis dan madu. Amalkan dengan meminumnya selama 3 hari berturut-turut. Selain dapat mencantikan kulit, ia juga dapat menyihatkan bahagian dalaman tubuh badan.
  • Ambil seketul kunyit dan ditumbuk dengan segenggam beras sehingga lumat. Kemudian dilulurkan pada seluruh badan dan dibiarkan kering seketika. Bersihkannya dengan menyental pada kulit. Ini dapat menghilangkan sel-sel mati dan kulit akan terasa licin dan nampak berseri. Amalkannya seminggu sekali.


Kulit Cerah dan Licin

  • Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua. Gosokkan pada muka dan seluruh badan semasa mandi. Amalkan seminggu 2 kali, Insyaallah kulit akan menjadi cerah, licin, halus dan harum.


Menegangkan Kulit Muka

  • Sebiji timun disagat atau dihancurkan terlebih dahulu. Kemudian dicampurkan dengan tepung ubi kayu serta sedikit air dan digaul sehingga sebati. Bancuhan akan kelihatan seperti masker. Sapukan pada wajah dan biar seketika sehingga kering. Setelah itu wajah dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.
  • Campurkan kulit kayu manis dengan seketul kunyit hidup serta sedikit beras pulut. Kemudian bahan-bahan ini ditumbuk sehingga lumat. Selepas itu, sapukan atau gosokkan pada leher serta muka dan dibiarkan seketika sebelum dicuci. Ini akan menghilangkan sel-sel mati dan daki pada leher. Amalkan seminggu 2 kali.

Merawat Kulit Berkedut

  • Sebatang lobak merah yang telah dibersihkan diparut dan dicampurkan dengan 1 sudu besar tepung jagung serta sebiji kuning telur. Gaul sehingga sebati dan kelihatan seperti masker. Kemudian sapukan pada muka dan dibiarkan seketika. Amalkan 3 kali seminggu sehingga menampakkan kesan pada wajah.
  • Kunyit dapat mengegah kulit daripada cepat berkedut. Caranya dengan memarut sedikit kunyit dan perahkannya untuk mendapatkan airnya. Amalkan meminum air kunyit setiap pagi secara berselang-seli.

Saturday, May 24, 2008

Mencantikkan Perut

Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang kempis. Perut yang kempis akan menampakkan susuk badan yang cantik serta mudah untuk mengayakan pelbagai fesyen. Terdapat beberapa petua yang boleh dicuba bagi wanita yang mengalami masalah perut buncit dan kulit perut berkedut selepas melahirkan anak.




Mengempiskan perut
  • Elakkan minum air semasa makan makanan berat seperti nasi , mee dan lain-lain. Sebaiknya minum air paling kurang 30 minit selepas habis makan.
  • Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  • Bancuh sedikit asam jawa dengan segelas air panas dan garam. Kemudian embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.
  • Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.

Kebanyakkan Wanita mengalami masalah perut buncit selepas melahirkan anak. Terdapat beberapa cara untuk menangani masalah ini.
  • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.Kemudian sapukan ramuan ini pada perut dan di ikat dengan bengkung. Lakukan setiap hari semasa dalam pantang sehingga menampakkan perubahan.

Masalah kulit perut berkedut

Kulit perut akan berkedut selepas melahirkan anak. Untuk mengatasi masalah ini amalkan petua:
  • Campurkan 1 sudu kecil jus limau nipis, 1 sudu air kapur sirih dan 20 titik minyak kayu putih. Gaul sehingga sebati dan sapu pada kesan-kesan pecah dalam masa dua minggu.

Memiliki Payu Dara Cantik dan Sihat


Payu dara adalah aset yang amat berharga kepada setiap kaum wanita. Ia merupakan lambang kewanitaan dan daya tarikan seksual. Memiliki payu dara yang cantik dan sihat adalah anugerah yang tak ternilai. Amat beruntung bagi mereka yang memilikinya. Bagi wanita yang menginginkan payu dara yang cantik, bolehlah mengamalkan beberapa petua ini.




Mencantikkan Payu Dara


  • Panaskan dua sudu minyak sapi dengan menggunakan api yang kecil dan kemudian sejukkannya. Setelah itu, sapukan pada sekeliling payu dara dengan urutan secara perlahan-lahan selama 15 minit. Kemudian lap sehingga bersih menggunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air suam.
  • Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekeliling payu dara dan jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.


Menegangkan Payu Dara
  • Bagi ibu-ibu yang menyusu anak,mereka merasa bimbang dan takut payudara akan menjadi kendur. Terdapat cara untuk mengatasi masalah itu dengan mengamalkan petua ini.
  • Mula-mula, sapukan minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.Kemudian daun sirih tersebut di layak atas api kecil. Apabila sudah layu, ramas daun sirih sehingga lumat dan sapukan pada sekeliling payu dara. Jangan terkena pada bahagian puting. Lakukan sehingga 3 hari berturut-turut. Insyaallah payu dara anda akan kembali tegang.

Payu Dara Membengkak
  • Bersihkan daun kacang panjang dan daun sirih. Kemudian ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada payu dara. Lakukan secara berulang-ulang kali sehingga kering. Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih.

Friday, May 23, 2008

Gigi yang Sihat Menawan

Senyuman nampak menawan dengan barisan gigi yang putih berseri dan sihat. Sentiasa menjaga kebersihan gigi serta mengurangkan pengambilan makanan manis dapat mengelakkan kerosakan pada gigi. Terdapat beberapa petua untuk memutih dan menangani masalah gigi.



Memutihkan Gigi
  • Ambil biji asam jawa dan goreng tanpa menggunakan minyak sehingga kering. Kemudian tumbuk biji asam jawa tersebut sehingga menjadi serbuk. Gosokkan serbuk tersebut pada gigi. Amalkan selalu dan hasilnya gigi akan kelihatan bersih dan putih berseri.
  • Ambil 2 biji pinang tua yang kering dan bakar sehingga menjadi arang. Kemudian tumbuk pinang tersebut sehingga menjadi serbuk. Gosokan serbuk tersebut pada gigi dan dibiarkan seketika. Selepas itu barulah dicuci dengan air.
  • Kayu arang juga boleh digunakan untuk memutihkan gigi. Tumbuk arang hingga halus. Gosokkan pada gigi.
  • Hancurkan dua atau tiga helai daun lalang. Kemudian gosokkan pada gigi.
  • Gunakan abu daun kelapa yang telah dibakar untuk menggosok gigi.
  • Ambil kulit manggis dan bakar. Kemudian tumbuk sehingga halus. Gosokkan pada gigi.


Sakit Gigi Geraham Bongsu

Untuk penawarnya, amalkan petua ini:-

  • Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.
Sakit Gigi Berlubang

  • Cara yang paling cepat untuk menghilangkan rasa sakit ialah dengan menyumbat serbuk bunga cengkih yang telah ditumbuk halus pada gigi berlubang.
  • Tumbuk sirih yang dicampur sedikit kapur kemudian letakkan pada gigi yang sakit. Rasa sakit akan berkurangan.
  • Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar di atas daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
  • Tempelkan gigi berlubang dengan hirisan bawang putih. Kemudian dibiarkan selama 1 jam.
  • Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Kemudian tumbuk sehingga separuh hancur. Selepas itu masukkan gambir ini ke dalam gigi yang berlubang.

Thursday, May 22, 2008

Penjagaan Rambut

Rambut merupakan mahkota kepada kaum wanita. Rambut yang cantik akan menaikkan seri wajah seseorang. Adalah penting menjaga kesihatan rambut supaya sentiasa kelihatan cantik, lebat dan kekal hitam. Terdapat beberapa petua yang dapat membantu memelihara kecantikkan rambut. Sayangilah rambut anda kerana ia merupakan mahkota dirimu.




Mencantikkan Rambut

  • Ambil beberapa helai daun limau purut, daun bunga raya putih dan sedikit air. Kemudian ramaskan bahan-bahan ini, sehingga hancur dan tapiskan airnya. Air tapisan itu bolehlah dilumur pada kepala dengan cara urutan perlahan dan dibungkus dengan kain tuala bersih. Biarkan selama 10-15 minit, selepas itu bilaskan dengan air yang bersih. Amalkan seminggu sekali dan anda akan merasai kesegaran kulit kepala serta keharuman pada rambut.
  • Ambil beberapa helai daun rambutan dan diramaskan dengan sedikit air. Air ramasan itu dilumurkan pada rambut dan dibiarkan lebih kurang 15 minit. Kemudian barulah dibilas dengan air bersih. Amalkan seminggu sekali.

Mengekalkan Kehitaman dan Melebatkan Rambut

  • Bagi mengekalkan kehitaman rambut, amalkan dengan menggunakan minyak kelapa yang telah dimasak dengan bunga tebu hitam. Sapukan pada rambut dan jangan terkena pada kulit kepala. Amalkan 3 kali seminggu, Insayallah rambut akan kekal kelihatan hitam.
  • Sapukan rambut dengan pati santan(Kepala santan) yang telah dicampur dengan perahan limau nipis. Pati santan diperolehi dengan membiarkan santan semalaman dalam peti. Balut kepala dengan tuala dan biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibilas, rambut akan kelihatan hitam, lebat dan berkilau. Lakukan sekali seminggu.

  © Blogger template 'Minimalist E' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP