Rawatan Wajah di Rumah
Melakukan rawatan muka di rumah kedengaran seperti asing dan merumitkan. Bagaimanapun, jika difikir secara logik, rawatan muka di rumah sebenarnya lebih tenang dan murah.
Sediakan bahan yang diperlukan dan luangkan hanya 25 minit untuk melakukannya.
Bahan:
Pembersih wajah
Krim untuk pengelupasan (scrub)
Air hangat
Pupur (ikut kesesuaian jenis kulit wajah)
Pelembap
Caranya:
1. Bersihkan wajah
Sediakan bahan yang diperlukan dan luangkan hanya 25 minit untuk melakukannya.
Bahan:
Pembersih wajah
Krim untuk pengelupasan (scrub)
Air hangat
Pupur (ikut kesesuaian jenis kulit wajah)
Pelembap
Caranya:
1. Bersihkan wajah
- Bertujuan untuk membuang segala kekotoran pada wajah. Untuk kulit berminyak dan kombinasi, gunakan sabun pembersih jenis buih manakala untuk kulit kering, gunakan susu pembersih.
2. Pengelupasan
- Gunakan jari tangan, sapukan skrub dalam gerakan membulat pada wajah. Tumpukan pada Zon-T (hidung dan dahi) jika kulit anda jenis kombinasi. Apabila selesai, basuh wajah anda sehingga bersih kerana sisa skrub yang tertinggal boleh menyebabkan kulit kering.
3. Pengewapan
- Tuangkan air panas dengan berhati-hati ke dalam besen kecil. Kenakan wajah pada wap daripada air panas berkenaan. Boleh juga gunakan tuala yang dicelup ke dalam air panas bercampur sedikit air sejuk lalu ditekan lembut pada wajah sebanyak 2 hingga 3 kali.
4. Sapukan pupur
- Jika mempunyai kulit berminyak, gunakan pupur daripada bahan berasaskan tanah liat. Jika berkulit kering, gunakan pupur berasaskan gel atau krim hidrasi. Sapukan untuk tempoh 10 hingga 20 minit. Hindarkan kawasan mata. Apabila kering, bolehlah dibersihkan dengan air biasa.
5. Pelembap
- Langkah akhir, pupuk krim pelembap pada wajah. Elakkan menggunakan krim dengan kandungan retinol kerana ia akan menyebabkan kulit mengelupas.
1 comments:
Pemborong produk kecantikan Dr Rochelle Skin Expert, diperbuat dari bahan alami berkualitas tinggi. Berkesan untuk pemutihan yang nyata, menghaluskan kulit wajah, mencerahkan dan mengecilkan pori-pori di muka.
Cara Order : SMS/Whatsapp Azwan 0123796229 / 0129381556. Chat BBM 21950D17
Sila kunjungi website kami http://rochelleskincaremy.com
Post a Comment